Sekejap ja raya menjelang sudah..
Insya Allah Ahad dpn rayo lah kita semua..
Sesuai dgn tajuk entry hari ini, raya thn ni merupakan tahun terakhir saya beraya sebagai bujangan. Perasaan happy berbaur sedih pun ada jugak. Yelah, tahun dpn abg dah x payah bayarkan zakat fitrah untuk Dik Yah lagi..
Tradisi kat NOgori Sembilan, sehari sebelum rayO ada lah hari "mantai"
"Mantai" disini bermakna seluruh ahli keluarga akan bergotong royong masak hidangan seperti lomang, rondang(korbau/kerbau), ketupat, kuah kacang dan sebagainya.
Adalah normal bagi sesebuah kampung menumbangkan korbau/kerbau.
Mak saya adalah berasal dari Rembau, maka memang ada lah lagi juadah2 nogori kek kampung den (cehhh tibo2 den somangat nak ckp nogori)
Sebagai anak bongsu, abang dan kakak-kakak pasti bg duit rayo. Kdg2 ngan mak pon DikYah mintak jugak
Anak2 buah semua panggil saya "Acu". Sorry lah nk panggil Makcik Su erh. x Urban langsung..
Hehe
Selalunya Acu plg lambat bgn, tu pon bila mak saya mengeluarkan bunyi bingit suruh bgn gosok baju dan siap nak g sembahyang raya dan ziarah kubur arwah ayah..
Selalunya saya akan blk awal sebab mak akan minta
Tahun dpn mungkin saya akan buat semua tu di rumah sendiri (macam menarik ja)
Tapi siapa yang akan menggantikan tugas saya di rumah?? Oh saya adalah sedih dan syahdu sekarang~~~
Di sebelah my Dear, saya akan menjadi Kak Long.
kerana my Dear adalah anak sulung...
Amat janggal kn? X urban lahhh panggil Kak Long bagai. (keji kn?)
Bakal adik2 ipar panggil saya Kak zett saja.
Tahun depan raya dgn suami dan semestinya kena raya di Jalan Kebun yang penuh dgn org Jawa, makanan Jawa, tempe, tempe dan sambal tempe (apa lagi makanan jawa erh?)
Nantikan entry Raya versi Jawa saya thn depan ya semua...
Oh...saya adalah semakin syahdu sekarang~~
No comments:
Post a Comment