Salam..
Semalam, waktu drive from office sambil makan roti hotdog, tiba-tiba saya menangis.
Waktu tu pulak hujan.
Jalan sudah tentu jem.
Tiba-tiba hati rasa sebak.
Sudah terlalu penat dgn kerja, dgn attitude manusia. Niat nak berhenti kerja.
tapi bila memikirkan anak yang bakal lahir, saya kuatkan hati.
Kos bersalin dkt swasta je dah beribu. Belum monthly check up lagi.
Belum barang baby yang mak oiii mahal (Tapi sungguhhhhh cute)
Gaji yang sebulan kerja,sehari dah habis bayar itu, ini, saving untuk baby.
Tapi apalah sgt kesusahan saya berbanding emak.
Waktu mengandungkan saya,arwah ayah tgh bertarung dgn penyakit.
Emak naik bas ke HKL dari Seremban.
Emak bukan pernah kerja.
Kereta x ada.
Slps saya lahir 3 minggu, ayah meninggal.
Emak masih dalam pantang.
Tak dapat bayangkan kesusahan dan perasaan mak.
Mak,
X mungkin adik dapat balas jasa mak.
Rasanya x ada anak yang 100% dapat balas jasa emak.
Dari mula hamil, sampai besar.
Bila dah mengandung saya jadi begitu sensitif.
Baru tahu bukan senang nak melahirkan seorang manusia.
Mak,
I love you.
Terima Kasih. Allah saja mampu balas segalanya.
Friday, July 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sedeynye..:(
ReplyDeletei agree ur mum is a strong woman..we cant be like our mum..unbeatable..huhu
alFatihah to arwah ur dad
betul tu. memang tak terbalas jasa mak2 kita. OMG ur mom is super strong.
ReplyDeletedah pregnant ni baru rasa kan susah nya mak kita dulu. huhu
take care dear. i baru dpt chance to congratulate u!