Saturday, February 12, 2011

Berkahwin

Salam..

Pada 27 Feb ni maka genaplah setahun kami berkahwin.

Ya, tempoh yang terlalu awal untuk mentafsir dan menilai perkahwinan kami.

Baru setahun, kami bercinta dah 10 tahun..sejak umur 16..

x kira berapa lama pun bercinta, 10 atau 20 tahun..

Tapi ketika bercinta kita semua memakai topeng.

Bila dah berkongsi katil, bantal,bilik air,almari..

Berlaga bahu setiap hari...

Mana mungkin topeng masih di pakai.

Maka terkantoi lah segala sifat, perangai waima tabiat yang baik mahu pun buruk.

Perkahwinan menyebabkan kita menjadi matang.

Bukan boleh sesuka hati sarung jeans, naik monorail pegi Pavillion shopping.

Tidak sama sekali.

Ada yang terbatas.

Ada banyak hati yang perlu di jaga.

Kadang2 hati sendiri terluka.

Tapi itu biasa.

Kadang2 benci melihat pasangan punyai waktu senggang melakukan aktiviti kegemaran..

Cemburu melihat kebebasan pasangan sendiri.

Itu semua adalah godaan syaitan.

Kadang2 diam lebih baik.

Bimbang bibir terlafaz kata2 yang mungkin meninggalkan luka/parut di hati si dia yang tersayang.

Oh sungguh rindu waktu bersosial.

Ketawa berdekah2 dgn geng sekepala.

Tergedik gedik lepak sambil bergosip x sudah.

Itulah. Berkahwin bukan mudah.

Waktu becinta memeng berjanji tak akan menyakiti apa lagi melakukan perara yang bukan bukan.

Itu janji.

sesiapa pun boleh berjanji.

sekian bebelan di pagi sabtu.




p/s: kepada suami tersayang, if u read this, mari kita:

1- sama2 betulkn solat. semoga Allah akn lindungi r/tangga kita
2- lebih kerap mkn bersama
3- cari solution utk mslh berdengkur tu
4- bersabar bila baby mangamuk
5- cium dan peluk each other evry day

p/s: i love u dear

No comments:

Post a Comment