Saturday, August 15, 2009

Kurangkan makan fast food



Well,agak susah untuk terus tinggalkan french fries,nuggets n Whopper buger (betol ka ejaan?..

Tapi at LEAST kurangkan pada tahap minima..sebulan 2x ok lah kn??
Masa remaja dulu seminggu sampai 2-3-4-5 kali makan fast food,especially McD.

Tapi bila dah remaja tua jemulah pulak makan fast food.

Artikel from Kosmo ni ada menimbulkan keinsafan di hati kecilku agar kurangkan makan fast food..

OXFORD - Makan terlalu banyak makanan segera boleh menyebabkan tahap kecerdasan menurun, menurut satu kajian oleh Universiti Oxford yang disiarkan semalam.

Keputusan kajian itu diperoleh selepas sekumpulan saintis melakukan ujian ke atas tikus di makmal.

Dalam kajian itu, pengambilan makanan seperti burger, kebab dan kentang goreng boleh mengakibatkan memori jangka pendek tikus rosak.

Kajian itu dibiayai oleh Yayasan Jantung Britain.

"Diet Barat secara umumnya mengandungi lemak yang tinggi dan selalu dikaitkan dengan komplikasi jangka panjang seperti obesiti, diabetes dan kegagalan jantung," kata penulis bersama kajian itu, Andrew Murray.

Jom mkn kat Sushi King..:)

1 comment:

  1. betul tu, nasib bulan puasa sudah hampir.. takdela time lunch asik nak bertandang ke mcd la kfc la burger king la... =)

    bukan elok sangat makan fast food ni, tapi kalau dah bosan2 tu makan jugak kan..

    ReplyDelete